Perdagangan sosial Forex

Perdagangan sosial

Jana pendapatan di Forex tanpa pengalaman perdagangan dengan bantuan isyarat MQL5. Salin pesanan pedagang profesional pada akaun perdagangan anda.

  • Penyalinan pesanan untuk pelanggan

    Ketahui kelebihan-kelebihan perdagangan sosial JustMarkets, yang mana akan membantu anda menjadi seorang pedagang yang berjaya dan menjana pendapatan di Forex.

  • Penghantaran isyarat untuk pembekal

    Jika anda merupakan seorang pedagang berjaya dan ingin meningkatkan pendapatan anda, jadilah seorang pembekal isyarat dan tarik pelanggan.

  • Rating isyarat MQL5

    Biasakan diri anda dengan rating dan indikator pembekal isyarat perdagangan, pilih yang paling berjaya dan mula jana pendapatan.

Perdagangan sosial adalah khidmat yang membenarkan pelabur mengikuti strategi perdagangan dan menyalin perdagangan profesional yang juga dikenali sebagai penyedia isyarat. Senarai penyedia isyarat boleh ditemui di rating khas. Pedagang memilihnya berdasarkan pelbagai kriteria: tempoh perdagangan, susutan, perdagangan terbaik, faktor keuntungan. Isyarat kedudukan teratas dipaparkan sebagai yang pertama di dalam senarai.

Biasanya, tindakan pedagang forex yang berpengalaman digunakan sebagai panduan kepada pedagang baharu. Ia mengurangkan masa penyelidikan pasaran dan analisis sebelum berdagang Forex. Perdagangan sosial berguna buat pedagang-pedagang yang tidak mempunyai masa untuk latihan atau membuat keputusan pelaburan sendiri.

Perdagangan sosial berfungsi mengikut prinsip rangkaian sosial. Pada rangkaian perdagangan, pedagang-pedagang berkongsi idea mereka, mengirim strategi, bersembang, pedagang baharu melihat hasil perdagangan pedagang profesional dan berbincang situasi pasaran secara dalam talian. Pedagang berpengalaman juga boleh mendapat manfaat daripada perdagangan sosial kerana ia membenarkan mereka untuk menjadi ketua dagangan dan mendapat keuntungan tambahan serta menarik lebih ramai pelanggan.

Syarat-syarat untuk menyalin transaksi mungkin berbeza-beza. Biasanya, untuk bersambung kepada perkhidmatan ini, seseorang perlu membayar sedikit yuran. Dalam sesetengah kes, ia mewakili komisen untuk transaksi yang menguntungkan. Untuk yang lain pula, pedagang membayar langganan bagi tempoh tertentu.

Mengapa perdagangan sosial memberi faedah:
  • ia cara untuk langkah pertama dalam perdagangan – anda mendapat keuntungan tanpa mengira kemahiran perdagangan anda;
  • peluang untuk menjana bagi kedua-dua pihak – sebagai pedagang, anda membuat keuntungan dengan memberi isyarat, sebagai pelabur – dengan menyalin perdagangan yang berjaya;
  • menjimatkan masa – anda tidak perlu membuat analisis pasaran dan meluangkan banyak masa untuk memantau pasaran;
  • penggunaan yang mudah – khidmat perdagangan sosial adalah intuitif dan mesra pengguna;
  • perdagangan berbilang – anda boleh melanggan beberapa penyedia isyarat yang mempelbagaikan risiko anda.

Perdagangan Sosial dalam MetaTrader 4

Isyarat MQL5 adalah produk daripada pembangun MetaTrader 4 yang membenarkan anda mengikuti isyarat-isyarat pedagang yang berjaya dan menyalin transaksi mereka secara terus daripada terminal MetaTrader. Perdagangan sosial dalam platform MetaTrader berfungsi dengan mudah: anda pilih dan langgan isyarat-isyarat dan transaksi yang dihasilkan semula secara automatik pada akaun anda.

Untuk mula melanggan, anda perlu berdaftar di MQL5.community. Kemudian, pergi ke tab "Tools" dan klik "Options → Community" dan masukkan log masuk serta kata laluan anda ke akaun MQL5.

Nota: Untuk menyalin isyarat, terminal anda perlu sentiasa hidup! Untuk tujuan ini, anda boleh menggunakan pelayan VPS

Baca lebih lanjut