Multi Account Manager (MAM)
Berdagang dan uruskan pelbagai akaun melalui satu antara muka MT4.
Daftar sekarang
  • Penyelesaian sempurna untuk pelabur
  • Perisian inovatif untuk pengurus wang

Multi Account Manager (MAM) ialah perisian yang membolehkan pengurus dana, pengurus wang dan pengurus portfolio mengurus pelbagai akaun perdagangan pada masa yang sama dengan penggunaan satu akaun perdagangan.

Perisian MAM menyediakan semua ciri biasa platform MT4, termasuk penggunaan pakej pencartaan dan penasihat pakar (Expert Advisor). Semua proses adalah berpusat dan berasaskan server, beratus-ratus akaun boleh didagangkan dengan satu klik dan secara maya tanpa kelewatan dalam peruntukan.

Cara untuk mula
  • Daftar dan buat deposit

    Daftar dan biayai akaun sebenar anda dengan pelaburan minimum $5,000

  • Tambah akaun perdagangan

    Minimum 2 pelabur diperlukan dengan jumlah pelaburan bernilai $5,000

  • Laksanakan

    Mula laksanakan pesanan pukal dalam Akaun yang anda uruskan dengan Akaun Induk anda

Daftar sekarang
  • Urus

    Pedagang profesional yang sudah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan JustMarkets sebagai pengurus wang boleh mengendalikan ramai klien tanpa had secara mudah dengan menggunakan akaun induk.

    Yuran prestasi akan terakru dan didebitkan secara automatik daripada akaun perdagangan klien selaras dengan kuasa peguam yang terhad, menjadikan proses adalah telus dan menyelesakan.

  • Labur

    Klien yang membuat keputusan untuk tidak berdagang sendiri, tetapi memberi dana untuk diuruskan oleh MM akan dapat menyemak bagaimana pelaburan mereka ditingkatkan melalui perdagangan pengurus wang. Pelabur membuat deposit ke akaun mereka dan mempunyai akses penuh untuk memerhatikan proses perdagangan yang dijalankan oleh pengurus akaun. Kelebihan lain yang dibenarkan oleh penyelesaian JustMarkets MAM ialah pelabur boleh memiliki beberapa akaun yang dihubungkan dengan pengurus wang berbeza.

Kelebihan perisian MAM kami
  • Kawalan masa nyata untuk posisi terbuka, pemantauan Ekuiti dan P&L untuk semua akaun yang diuruskan

  • Tiada had untuk gaya perdagangan, perdagangan penasihat pakar (EA) dibenarkan

  • Yuran prestasi yang boleh dilaraskan

  • Kaedah peruntukan yang pelbagai yang ditetapkan oleh pengurus (berkadaran mengikut Baki atau Ekuiti)

  • Server MT4 yang pantas dan boleh dipercayai

  • Peruntukan klien – saiz lot penuh, mini & mikro (bermula dengan lot paling kecil 0.01)

Jadilah pengurus wang profesional
Sila nyatakan nama pertama anda
Sila nyatakan nama keluarga anda
Nombor telefon mudah alih anda dalam format antarabangsa, tanpa ruang kosong, tanda sengkang dan garis condong
Sila nyatakan negara tempat tinggal anda
Hanya isi sekiranya anda sudah mempunyai akaun perdagangan berdaftar di JustMarkets
* ruang diperlukan

Sila ambil perhatian! JustMarkets tidak mengambil bahagian dalam sebarang keputusan perdagangan yang dibuat oleh pengurus wang dan tidak memberi sebarang jaminan, perwakilan, dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang strategi perdagangan atau prestasi pengurus wang yang dipilih.