Panduan Perdagangan Forex di Malaysia

Panduan Perdagangan Forex di Malaysia

Peningkatan populariti perdagangan forex tidak dapat diabaikan. Inilah yang memberikan anda peluang untuk menjana wang pada bila-bila masa dan di mana jua anda inginkan. Sebagai pedagang baru, anda mungkin mempunyai banyak persoalan mengenai falsafah di sebalik pasaran ini, tetapi biarlah kami memberikan jaminan bahawa anda tidak akan dibiarkan tanpa jawapan. Perdagangan forex dianggap sebagai salah satu industri yang mesra kepada pendatang baharu – maka mari kita jadikan artikel ini sebagai satu batu loncatan kepada perdagangan yang menguntungkan.

Manfaat Utama Perdagangan Forex di Malaysia

Apabila kita bercakap tentang forex, kita bercakap tentang kemungkinan untuk membeli dan menjual mata wang asing dalam masa beberapa saat. Mari lihat kepada manfaat utama:

  • Berdasarkan sifatnya yang tidak terpusat, pasaran forex beroperasi dua puluh empat jam sehari, lima hari seminggu (dari 5 pg MYT pada hari Isnin sehingga 4 pg MYT pada hari Sabtu). Pedagang harus ingat bahawa terdapat empat sesi perdagangan forex yang utama (sesi London, sesi New York, sesi Sydney, dan sesi Tokyo) dan rancang waktu sewajarnya. Seperti yang anda dapat lihat, semua ini berkaitan dengan fleksibiliti.
  • Sesetengah broker menawarkan deposit dan pengeluaran tanpa komisen serta peluang untuk berdagang dengan spread bermula dari 0.0 pip. Inilah caranya anda menjimatkan wang.
  • Forex bermaksud kemudahan untuk mengakses. Terdapat ratusan ribu pedagang baharu yang membuka akaun perdagangan setiap hari. Adakah mereka tahu semua perkara berkaitan forex? Semestinya tidak, tetapi internet dilimpahi dengan sumber pelajaran dan petua – artikel, video, kursus, akaun demo, apa sahaja yang anda perlukan. Selain daripada itu, broker (tidak semua) menawarkan sokongan 24/7, jadi jika anda mempunyai sebarang masalah yang ingin diselesaikan atau hanya memerlukan sebarang cadangan – jangan ragu-ragu untuk menghubungi mereka.
  • Sebagai komoditi yang mempunyai kecairan paling tinggi, mata wang boleh dibeli dan dijual tepat pada waktunya tanpa kesan drastik terhadap harga pasarannya.
  • Jika anda tidak mempunyai modal yang mencukupi, ia bukanlah satu masalah di sini. Broker boleh meminjamkan anda wang, jadi anda boleh membeli aset yang anda mahukan. Katakanlah leveraj anda adalah 300:1, maka sekarang ia memberi anda kemungkinan untuk mengawal perdagangan bernilai $300,000, dengan hanya $1000. Keadaan yang sangat baik, bukan?

Bagaimana untuk Memulakan Perdagangan Forex di Malaysia

Perdagangan adalah jalan mudah untuk menjana wang. Anda boleh menemui sebarang maklumat sokongan yang membantu anda mengembangkan kepakaran anda, tetapi perkara yang kami tidak dapat bantu adalah keinginan dan ketersediaan anda untuk bekerja keras bagi menjadi seorang pedagang yang berpaksikan kepada hasil. Ini adalah perkara yang anda perlu lakukan:

  • Belajar mengenai forex. Malangnya terdapat banyak pedagang baharu yang mengendahkan kepentingan fasa persediaan dan terus menyelami bahagian praktikal, mengharapkan ia adalah guru yang terbaik. Bahagian praktikal seiring dengan teori, terutamanya dalam forex. Sama ada anda pedagang profesional atau pedagang baharu, pembelajaran adalah bahagian penting dalam aktiviti perdagangan anda. Rutin harian anda haruslah meliputi pembacaan analisis dan berita untuk menjadi yang terbaik. Anda juga boleh layari laman web kami dan semak kemas kini mengenai mata wang dan cadangan umum.
  • Buka akaun di broker. Seperti yang pernah dinyatakan, teori tanpa latihan adalah sia-sia. Ia seperti cuba mempelajari bahasa asing tanpa memahami maksud dan konteksnya. Akaun demo adalah tempat anda dapat berdagang dalam masa nyata tanpa risiko kerugian wang.
  • Strategi perdagangan adalah perlu. Berdagang dengan tidak tentu arah, dalam jangka masa panjang, membawa kepada kerugian kewangan. Strategi adalah sesuatu yang memberikan anda arah – menjawab persoalan anda tentang "bagaimana", "bila", dan "apa". Strategi perdagangan anda sangat berkaitan dengan pengalaman, jangkaan, keupayaan kewangan, dan sudah semestinya, personaliti.
  • Analisis. Apakah kesilapan yang telah dibuat? Apa yang boleh dibuat dengan lebih baik di masa hadapan? Anda seharusnya menyemak kedudukan anda yang telah ditutup untuk mencari "lompong" ini.
  • Pantau berita. Keberuntungan adalah hasil dari kerja yang berdedikasi – baca berita, kemas kini, ramalan setiap hari, dan jangan lupa untuk menyemak semula apa sahaja perkara yang anda ragukan.
  • Bahagian emosi. Ya, perdagangan boleh memberi tekanan, tetapi ini semua berkaitan dengan sikap anda. Ia mungkin menjadi sesuatu yang mencabar untuk mengawal emosi anda apabila anda rasa yang anda akan kehilangan semuanya. Perkara pertama dan terpenting, fikir secara rasional. Hanya fakta yang penting.

Baca lebih lanjut: Strategi Forex Terbaik untuk Pedagang Baharu dan Kepentingannya

Apakah Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex di Malaysia

Hanya kerana pasaran forex beroperasi sepanjang masa, tidak semestinya memilih mana-mana waktu berdagang adalah idea yang baik. Apabila kami bercakap tentang waktu terbaik untuk berdagang, kami maksudkan waktu apabila sesetengah pasangan mata wang menjadi paling tidak stabil. Turun naik harga inilah yang membuatkan sesuatu aset itu mudah untuk dibeli atau dijual. Jadi, apabila terdapat "ketenangan mati" dilihat dalam pasaran, pedagang tidak harus membuang masa dengan mengharapkan keuntungan – mereka hanya akan menerima pulangan modal sahaja.

Katakanlah anda berminat untuk berdagang GBP/USD (paun British/dolar Amerika). Kedua-dua mata wang ini akan mencapai ketidakstabilan yang tinggi sewaktu pertindihan dua pasaran – Amerika dan Eropah, pada 8 mlm – 11 mlm waktu Malaysia. Anda harus ingat bahawa pasaran ditutup pada hujung minggu. Terdapat juga jangka masa yang sesuai untuk berdagang pasangan mata wang ini. Ketidakstabilan dilihat meningkat bermula dari 2 ptg, jadi jika 8 mlm – 11 mlm bukanlah masa yang sesuai untuk anda berdagang, ada peluang yang baik untuk bermula lebih awal.

Baca lebih lanjut: Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex di Malaysia

Bagaimana untuk Membuka Akaun Perdagangan di Malaysia

Ia tidak mengambil masa dan usaha yang banyak untuk membuka akaun perdagangan. Sekiranya anda bercadang untuk memilih JustMarkets sebagai broker anda, apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi borang dalam talian yang pendek dan terima e-mel pengesahan. Daftar masuk dengan alamat e-mel anda dan mula berdagang (deposit minimum adalah $1).

Sekiranya perdagangan adalah sesuatu yang baharu bagi anda, membuat pertimbangan untuk berdagang di akaun demo adalah perkara yang baik. Ini adalah cara tanpa risiko untuk mempelajari mekanisme pasaran luar dan dalam. Mulakan berdagang hari ini untuk masa depan anda.

Nota penting. Pastikan broker anda menawarkan akaun tanpa swap (Islamik) memandangkan undang-undang syariah mengharamkan perdagangan dengan yuran semalaman.

Kesimpulan

Seperti yang anda sudah fahami, waktu ketika pasaran bertindih adalah waktu terbaik untuk menjalankan operasi perdagangan. Anda perlu sentiasa ingat bahawa sesi perdagangan seharusnya mewakili mata wang anda, sebagai contoh, sesi Eropah dan Amerika untuk EUR/USD. Semestinya, berdagang pada waktu pasaran tidak stabil tidak semestinya bermaksud anda akan menjana wang. Perdagangan anda harus merangkumi analisis, strategi, disiplin dan kerasionalan.

Tentang JustMarkets

JustMarkets ialah broker dipercayai dunia yang menawarkan 180 instrumen dagangan yang popular. Dengan memiliki akaun dagangan di JustMarkets, anda mendapat manfaat daripada syarat dagangan yang berfaedah, termasuk leverage tinggi, spread rendah (dari 0.0 pip), serta deposit dan pengeluaran tanpa komisen. Dan jika anda mempunyai sebarang soalan, terdapat pasukan sokongan yang membantu yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan anda mempunyai pengalaman perdagangan yang paling menyenangkan.

oleh JustMarkets, 13/09/2021

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi
Apa itu pendekatan Gunn?
Kaedah Gunn adalah satu pendekatan kepada perdagangan kewangan yang menggunakan kombinasi analisis teknikal, kitaran masa dan pola geometrik untuk meramalkan pergerakan harga dalam pasaran kewangan.
Baca lagi
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi