Bagaimana Forex expert advisor berfungsi?

Anda boleh berdagang dalam Forex dengan cara manual atau automatik. Jika dengan cara manual, trader perlu menganalisis keadaan pasaran dan mencari waktu yang paling tepat untuk membuka posisi dagangan dengan sendiri. Manakala dengan cara automatik, trader tidak perlu mengambil bahagian dalam proses perdagangan. Sebaliknya, tanggungjawab ini akan digalas oleh robot dagangan yang akan menganalisis pasaran dan mencari waktu yang paling terbaik untuk memasuki pasaran dengan sendiri.

Bagaimana cara menggunakan penasihat pakar?

Banyak trader baru yang berminat untuk mengetahui bagaimana robot Forex berfungsi. Trader mahu mengetahui apakah prinsip perdagangan yang digunakan oleh expert advisor. Trader juga tertanya-tanya adakah dagangan ini selamat dan bagaimana dengan peluang risiko kewangan. Biasanya trader baru gemar untuk berdagang menggunakan robot perdagangan. Para profesional dalam pasaran mata wang pula kurang meminati dengan kaedah ini dalam berdagang. Dalam kebanyakan kes, mereka terlibat dalam pembangunan dan pengujian skrip dan robot tersebut.

Oleh itu, kualiti kerja mana-mana robot dagangan bergantung kepada profesionalisme pengarangnya. Tentang prinsip-prinsip penasihat pakar Forex, ia berdasarkan algoritma.

Oleh sebab robot dicipta oleh manusia, maka skim standard dalam perdagangan yang terdiri daripada langkah-langkah berikut merupakan asasnya:
  • Analisis pasaran. Dalam usaha untuk melaksanakannya, petunjuk teknikal yang bergabung dengan penasihat akan digunakan. Petunjuk ini menganalisis keadaan pasaran dan memberi isyarat untuk membuka posisi.
  • Membuka perintah. Ia dilakukan mengikut algoritma yang ditetapkan. Posisi dibuka apabila isyarat yang sepadan diterima daripada dua atau lebih petunjuk. Perintah ditutup apabila perintah berhenti (stop loss dan take profit) dicetuskan atau apabila ia menerima isyarat mengenai pembalikan trend yang akan datang.

Penasihat Forex berfungsi berdasarkan asas-asas strategi yang telah diketahui, di mana pilihan ditentukan oleh pembangun perisian tertentu. Trader baru tidak seharusnya mengharapkan perdagangan akan dijalankan mengikut mana-mana taktik unik. Pelbagai strategi yang sedia ada digunakan untuk perdagangan automatik seperti scalping atau perdagangan mengikut pecahan.

Adalah penting untuk memahami yang penasihat harus ditetapkan mengikut pasangan mata wang, deposit dan tempoh dagangan anda.

Kelebihan menggunakan penasihat Forex adalah ia tidak akan membenarkan campur tangan dan pengaruh faktor manusia dalam dagangan. Perdagangan dilakukan mengikut algoritma yang tepat. Keuntungan purata program perdagangan automatik mencapai 100% daripada jumlah deposit sebulan.

Kelemahan robot perdagangan adalah kesilapan kadangkala berlaku dalam kerja mereka. Amat sukar untuk mencari penasihat Forex yang dapat bekerja tanpa mengambil risiko kewangan yang tinggi, sekurang-kurangnya selama setahun.

Adalah penting untuk memahami yang penasihat harus ditetapkan mengikut pasangan mata wang, deposit dan tempoh dagangan anda. Anda boleh membaca bagaimana ingin menggunakan penasihat Forex dalam artikel "Peraturan menggunakan penasihat Forex".

oleh JustMarkets, 10/07/2017

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi
Apa itu pendekatan Gunn?
Kaedah Gunn adalah satu pendekatan kepada perdagangan kewangan yang menggunakan kombinasi analisis teknikal, kitaran masa dan pola geometrik untuk meramalkan pergerakan harga dalam pasaran kewangan.
Baca lagi
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi